Monday, April 20, 2009

88,442 Kekosongan Jawatan Diiklan - Berita Harian 20 April 2009

Saban waktu kita mendengar rungutan orang ramai yang mengeluh kerana sukar mendapat pekerjaan.. Hmm.. betul ke? Atau pun mereka ini golongan yang terlalu memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan akademik mereka? Mungkin juga.. Tak mungkin graduan ICT mahu bekerja dalam sektor keusahawanan pula, kan? Setelah penat menuntut ilmu bertahun-tahun di menara gading, sudah tentunya mereka mahukan pekerjaan yang setimpal dengan apa yang mereka pelajari dulu..

Walau bagaimanapun, dalam suasana ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, sikap itu perlu diketepikan.. Jika berjaya mendapat pekerjaan pun dah dikira cukup baik dan kita seharusnya bersyukur.. Ramai lagi rakan-rakan kita yang masih menganggur.. Mungkin pekerjaan yang kita perolehi itu bukan kerjaya yang kita idam-idamkan, namun ianya merupakan satu titik tolak ke arah mencapai kerjaya idaman kita.. Pokok pangkalnya, kita harus berusaha ke arah itu..

Saya tertarik dengan tajuk berita di akhbar Berita Harian hari ini (20 April 2009) yang menyatakan terdapat kira-kira 88,442 jawatan kosong yang perlu diisi. Oleh itu, di mana rasionalnya rungutan orang ramai yang menyatakan mereka sukar mendapat pekerjaan? Walhal begitu banyak jawatan kosong yang diiklankan? Hmm.. Tepuk dada, tanya selera..

p/s : Bagi mereka yang telah diberhentikan ataupun yang berhenti secara sukarela, (secara tetap ataupun sementara), mahupun yang masih tercari-cari pekerjaan yang sesuai, ini merupakan peluang yang tidak harus dilepaskan.. Platform telahpun disediakan.. Oleh itu, gunakanlah ia dengan bijaksana.. Jangan disia-siakan peluang keemasan yang berada di depan mata.. Takut melepas pula nanti.. Renung-renungkanlah..

2 comments:

  1. orang kita dah hidup dengan subsidi...dah tak pandai berdikari...indon bangla banyak sana sini...biarlah diaorang yg kerja, tapi orang kita dok umah goyang kaki...

    ReplyDelete
  2. Mentaliti dan persepsi orang kita mmg sukar nk diubah.. Kenapa?? Mengapa??

    ReplyDelete