Monday, February 24, 2014

Sorryyyy....

Salam 1 Malaysia buat semua..


So sorryyy sbb dh lama sesgt x jenguk blog kesygn nie.. Bknnya sengaja, tetapi terpaksa diabaikan seketika disebabkan bebanan tugas yg x kunjung hilang.. Lps 1, 1 keje yg dtg.. Akhirnya, terabai laa blogku yg 1 nie..

Skrg nie, alhamdulillah.. Keje dh mula slow down skit..  Ada laa masa utk menulis @ blog nie semula.. Apa taknya, sblm nie asyik outstation jer memanjang.. Ke utara, selatan, timur, barat & M'sia Timur.. Fuhhh.. Mmg memenatkan.. Bkn jer penat bdn, tp minda &  fikiran pon sama2 keletihan & kelesuan.. Almost every weekend, smpi x smpt nk balik kg, gie shopping or spend time ngan keluarga & kengkwn.. Masa tu br laa rase betapa sengsaranye org2 yg terpaksa bekerja di hujung minggu.. Demi mencari rezeki utk keluarga.. Terbayang gak pengorbanan mamaku 1 masa dulu.. Waktu kerja x menentu.. Kdg2 Hari Raya pon kena keje gak.. Hmmm.. Skrg nie, turn aku plak yg rase..

Ape pon, keje tetap keje.. Kalo x keje, camane nk dpt duit?? Kalo xde duit, segala urusan akan tergendala.. Mmg laa ade peribahasa 'ulat dlm batu pun blh hidup'.. Tp peribahasa rasanya lebih sesuai utk ulat jer, bkn utk manusia mcm kita nie..
Assalam..

Sekejap timbul, sekejap tenggelam.. Sekejap tenggelam, sekejap timbul.. Haissshh.. Rasanya lagi lama tenggelam dari timbul kot.. Dah laa memang x pandai berenang.. Kalau kena campak dalam laut, agaknya boleh lemas kot..

But no worries.. Tenggelam ke, timbul ke, life still have to go on.. Same goes to this blog of mine.. Walau pun dah lama senyap sunyi sepi tanpa khabar berita.. But the spirit of writing masih membara dalam jiwa.. Chewahhh.. Perasan.. Masuk bakul angkat sendiri..

There's been many ups & downs throughout my life.. It's a challenge that all of us have to face in order to survive.. Most important of all.. Never give up.. No matter what.. Everything happens for a reasons.. Only that I haven't figured it out yet.. As time goes by, I'm sure I'll be able to see everything clearly.. 

That's all for now.. C ya soon next time..


# Tengah belek-belek album, terjumpa pic nie.. Momento tahun 2011.. Rindu banget dengan si baju merah & si tudung pink nie.. Apa laa khabar diorg skrg nie ek?? I missed u gurlz.. #

Thursday, April 12, 2012

5S.. OH 5S..

Fuhhh.. Penatnya.. Dok memulun, memerah tenaga mengemas opis.. Satu badan dah mula rasa sakit dan lenguh.. Hmmm.. Dua tiga hari nie memang takde buat keje lain.. Asyik mengemas je.. Tetiba je laa pulak jadi extra rajin.. Nie semua gara2 nak Audit 5S.. Kalo tak, hmmm.. Sendiri mau ingat laa..

'S' #1 ~ SISIH = Part yang nie no problemo.. Kalo boleh, semua nak buang.. Takde laa semak..
'S' #2 ~ SUSUN = Nie pon not bad jugak laa.. Sebab dulu cita2 nak jadi interior designer..
'S' #3 ~ SAPU = Haa.. Part nie yang tak berapa best.. Sebab allergic dengan habuk.. Haachumm..
'S' #4 ~ SERAGAM = Konsep mesti sama.. Jangan laa caca marba pulak.. Nanti orang pening..
'S' #5 ~ SENTIASA AMAL = Hmmm.. Boleh ke?? Macam tak berapa nak confident je..

Korang pulak macam mane?? Ok ke dengan konsep 5S nie?? Ape pon, selamat ber '5S' laa ye.. Jangan 5S korang bertukar jadi macam nie pulak ye..

'S' #1 ~ SEMAK

'S' #2 ~ SEPAH
'S' #3 ~ SELERAK
'S' #4 ~ SELEKEH
'S' #5 ~ SERABUT

Kalo 5S yang nie, rasanye baik korang tambah 'S' #6 ~ SOROK.. Jangan bagi boss nampak ye.. Kalo tak, confirm korang kena bambu nanti.. Hehehehe..

Thursday, April 5, 2012

I'M BACK!!!!!

Fuhhh!!!!! Antara sedar dengan tak, dah hampir 2 tahun blog ini tak disentuh.. Lama giler 2.. Nasib baik bukan owner blog yang giler.. Hampir2 terlupa blog nie hidup lg.. Kalo laa blog nie ibarat rumah, dah memang confirm blog nie umpama rumah yang penuh dengan sawang labah2..

Hmmm.. Nak kata takde masa nak update blog, semua org dapat masa yang sama je.. Masing2 dapat 24 jam sehari.. Tak lebih, tak kurang.. Tapi, tu laa pasal.. Tuan punya badan sendiri jugak yang tak pandai2 lagi nak cari masa untuk diri sendiri.. Asyik sibuk dengan keje je.. Org lain pon keje jugak.. Nampak gaya nak kena gie kursus 'Time Management' laa lepas nie.. Pas 2, baru laa pandai urus masa kot..

Sebenarnya menulis blog nie seronok.. Dapat gak laa release tension pasal keje yang tengah melambak2 nie.. Platform yang paling sesuai untuk mencurahkan perasaan yang dah bercampur2 macam ABC nie.. Daripada buat benda2 lain yang tak berapa nak mendatangkan faedah, baik layan blog nie.. So far, so good.. walaupon dah 2 tahun tak update blog, tapi skill tak karat lagi..

Till next time..




Friday, October 1, 2010

~K.E.M.A.A.F.A.N.~ Dendam Yang Terindah..

"Kemaafan... Dendam yang terindah..." : Itu adalah antara bait-bait lirik lagu yang pernah dipopularkan oleh Aishah satu ketika dahulu.. Sehingga kini, saya masih tertanya-tanya.. Apakah maksud sebenar lirik tersebut?? Adakah kemaafan itu merupakan salah satu bentuk DENDAM?? Tetapi, bukankah DENDAM itu lebih negatif konotasinya?? Bagaimana pula DENDAM dan KEMAAFAN boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain?? Hmmm..

Apa pun, sebagai manusia yang mempunyai perasaan dan emosi yang pelbagai, kedua-dua elemen DENDAM dan KEMAAFAN adalah sebahagian daripada nadi kehidupan kita.. Memang mustahil sekiranya kita tidak pernah berhadapan dengan kedua-duanya.. Ada manusia yang berDENDAM dengan kita.. Kita juga sudah pasti ada atau pernah menaruh DENDAM pada seseorang..

Apakah sebegitu mudah kita boleh memberi KEMAAFAN kepada manusia yang berDENDAM pada kita?? Ataupun mudahkah bagi manusia lain untuk memberi KEMAAFAN kepada kita atas DENDAM kita terhadap mereka?? Sedangkan Nabi pun mengampunkan umatnya, apatah lagi kita sebagai hambaNya yang lemah..

Begitu tinggikah darjat kita, kedudukan kita atau ego kita sehinggakan kita sukar untuk memberi KEMAAFAN kepada orang lain?? Walaupun pada darah daging kita sendiri?? Pepatah ada mengatakan, air dicincang takkan putus.. Nah, kalau begitu, mengapa kita masih lagi cuba mencincang air yang tidak mungkin akan putus itu?? Bukankah lebih baik jika kita berdamai, saling memberi KEMAAFAN agar kehidupan kita selepas itu lebih bermakna?? Ataupun, kita lebih rela menghimpun DENDAM dan terus hidup dengan penuh rasa benci sesama manusia??

Renungkanlah..

Friday, May 8, 2009

Because You Loved Me - Celine Dion


Dedicated to all MOTHERS in the world.. You are so SPECIAL in our HEARTS..

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful MOMMY
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through
Through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love, I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love
Into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because
Of you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me

Thursday, May 7, 2009

IBU, MAMA, MAK, UMI, MOM, MOMMY, MUMMY.. dan BONDA..

Buat WANITA yang paling istimewa dalam hidup kita semua.. Hargailah dan cintailah DIA..

*****
IBU..
Kau permaisuri hatiku..
Kau permata dalam hidupku..
Kau sinar menyuluh kebahagiaanku..

MAMA..
Tempat ku bermanja..
Tempat ku mencurah rasa..
Tempat ku berkongsi segala..

MAK..
Kasih sayangmu ku dambakan..
Nasihatmu ku jadikan pegangan..
Pengorbananmu takkan ku lupakan..

UMI..
Ketulusanmu ku hargai..
Kesabaranmu ku kagumi..
Keazamanmu ku puji..

*****
MOM..
You are always by my side..
You never fail to mend my broken heart..
You are like a diamond shining so bright..

MOMMY..
Please keep showering me with your love..
Please do not leave me all alone..
Please guide me so that I can move on..

MUMMY..
I need you like the sun needs the moon..
I will give my all just for you..
I love you.. And I know you love me, too..

*****
BONDA..
Ku kasihimu sepenuh hati..
Ku cintaimu sampai akhir nanti..
Ku hargaimu hingga ke syurgawi..

*****
Walau setinggi mama kita terbang..
Walau setinggi mana kita mendaki..
Walau setinggi mana pangkat dan darjat yang kita miliki..
Walau setinggi mana ilmu yang kita perolehi..

Tidak akan ada maknanya..
Tidak akan ada ertinya..
Jika tidak dihargai insan yang memungkinkan segalanya..

Jika DIA masih ada.. jenguklah..
Jika DIA masih ada.. sayangilah..
Jika DIA masih ada.. hargailah..
Jika DIA masih ada.. kasihilah..

Jika DIA telah tiada.. kenangilah..
Jika DIA telah tiada.. insafilah..
Jika DIA telah tiada.. redhakanlah..
Jika DIA telah tiada.. doakanlah..

***** Salam Penghargaan buat seluruh kaum HAWA yang bergelar IBU, MAMA, MAK, UMI, MOM, MOMMY, MUMMY.. dan BONDA.. Walau dimana jua mereka berada..

Monday, April 20, 2009

88,442 Kekosongan Jawatan Diiklan - Berita Harian 20 April 2009

Saban waktu kita mendengar rungutan orang ramai yang mengeluh kerana sukar mendapat pekerjaan.. Hmm.. betul ke? Atau pun mereka ini golongan yang terlalu memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan akademik mereka? Mungkin juga.. Tak mungkin graduan ICT mahu bekerja dalam sektor keusahawanan pula, kan? Setelah penat menuntut ilmu bertahun-tahun di menara gading, sudah tentunya mereka mahukan pekerjaan yang setimpal dengan apa yang mereka pelajari dulu..

Walau bagaimanapun, dalam suasana ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, sikap itu perlu diketepikan.. Jika berjaya mendapat pekerjaan pun dah dikira cukup baik dan kita seharusnya bersyukur.. Ramai lagi rakan-rakan kita yang masih menganggur.. Mungkin pekerjaan yang kita perolehi itu bukan kerjaya yang kita idam-idamkan, namun ianya merupakan satu titik tolak ke arah mencapai kerjaya idaman kita.. Pokok pangkalnya, kita harus berusaha ke arah itu..

Saya tertarik dengan tajuk berita di akhbar Berita Harian hari ini (20 April 2009) yang menyatakan terdapat kira-kira 88,442 jawatan kosong yang perlu diisi. Oleh itu, di mana rasionalnya rungutan orang ramai yang menyatakan mereka sukar mendapat pekerjaan? Walhal begitu banyak jawatan kosong yang diiklankan? Hmm.. Tepuk dada, tanya selera..

p/s : Bagi mereka yang telah diberhentikan ataupun yang berhenti secara sukarela, (secara tetap ataupun sementara), mahupun yang masih tercari-cari pekerjaan yang sesuai, ini merupakan peluang yang tidak harus dilepaskan.. Platform telahpun disediakan.. Oleh itu, gunakanlah ia dengan bijaksana.. Jangan disia-siakan peluang keemasan yang berada di depan mata.. Takut melepas pula nanti.. Renung-renungkanlah..