Friday, October 1, 2010

~K.E.M.A.A.F.A.N.~ Dendam Yang Terindah..

"Kemaafan... Dendam yang terindah..." : Itu adalah antara bait-bait lirik lagu yang pernah dipopularkan oleh Aishah satu ketika dahulu.. Sehingga kini, saya masih tertanya-tanya.. Apakah maksud sebenar lirik tersebut?? Adakah kemaafan itu merupakan salah satu bentuk DENDAM?? Tetapi, bukankah DENDAM itu lebih negatif konotasinya?? Bagaimana pula DENDAM dan KEMAAFAN boleh dihubungkaitkan antara satu sama lain?? Hmmm..

Apa pun, sebagai manusia yang mempunyai perasaan dan emosi yang pelbagai, kedua-dua elemen DENDAM dan KEMAAFAN adalah sebahagian daripada nadi kehidupan kita.. Memang mustahil sekiranya kita tidak pernah berhadapan dengan kedua-duanya.. Ada manusia yang berDENDAM dengan kita.. Kita juga sudah pasti ada atau pernah menaruh DENDAM pada seseorang..

Apakah sebegitu mudah kita boleh memberi KEMAAFAN kepada manusia yang berDENDAM pada kita?? Ataupun mudahkah bagi manusia lain untuk memberi KEMAAFAN kepada kita atas DENDAM kita terhadap mereka?? Sedangkan Nabi pun mengampunkan umatnya, apatah lagi kita sebagai hambaNya yang lemah..

Begitu tinggikah darjat kita, kedudukan kita atau ego kita sehinggakan kita sukar untuk memberi KEMAAFAN kepada orang lain?? Walaupun pada darah daging kita sendiri?? Pepatah ada mengatakan, air dicincang takkan putus.. Nah, kalau begitu, mengapa kita masih lagi cuba mencincang air yang tidak mungkin akan putus itu?? Bukankah lebih baik jika kita berdamai, saling memberi KEMAAFAN agar kehidupan kita selepas itu lebih bermakna?? Ataupun, kita lebih rela menghimpun DENDAM dan terus hidup dengan penuh rasa benci sesama manusia??

Renungkanlah..

No comments:

Post a Comment